Sunday, April 12, 2009

SENAMAN & KESIHATAN

GAYA HIDUP SIHAT

 

Sebaik-baik doktor adalah badan anda sendiri. Itulah sebenarnya pegangan yang saya cuba unjurkan di dalam satu cara hidup sihat yang sempurna. Jika kita menjaga baik  akan badan kita, maka badan kita sendiri akan menjaga kesihatan kita. Mungkin kini, kita tidak lagi terbelenggu dengan sebab-sebab mortaliti zaman dahulu antaranya disebabkan oleh kekurangan nutrisi dan penyakit berjangkit. Penyakit zaman sekarang lebih kepada masalah ketidakseimbangan nutrisi dan penyakit-penyakit moden seperti kanser, penyakit jantung, stroke, masalah pencernaan dll. Yang paling ketara juga ialah masalah kegemukkan yang mengundang segala jenis penyakit. Bayangkan buat masa ini statistik menunjukkan 24% daripada rakyat Malaysia mempunyai berat badan berlebihan. Menyedari hakikat pertambahan peratusan penyakit-penyakit moden berlipat ganda di abad ini, ada baiknya kita memahami serba-sedikit antara punca-punca masalah kesihatan yang boleh timbul.

 

Secara ringkas, antara faktor-faktor yang mempengaruhi keadaan kesihatan seseorang termasuklah:

 

1.                  proses autointoksikasi oleh penyerapan semula bahan toksid dari usus yang sepatutnya dikeluarkan jika seseorang itu tidak menjaga kesihatan ususnya.

2.                  proses oksidasi dan kesan radikal bebas yang boleh mengakibatkan sel-sel badan rosak dan mengakibatkan gejala kanser, penyakit kardiovaskular dan proses penuaan pra matang.

3.                  tahap immum yang lemah yang mendedahkan badan kita terhadap pelbagai kuman yang mengakibatkan penyakit yang tidak sepatutnya.

4.                  ketidaklancaran pengaliran darah oleh kesan kolestrol, sumbatan salur darah dan proses arthorossclerosis yang menyebabkan sel-sel badan tidak mendapat nutriens dan oksigen yang secukupnya.

5.                  ketidakseimbangan nutriens disebabkan pemakanan moden yang dimakan sekarang ini terdiri dari bahan yang diproses dan mengandungi zat-zat yang berkurangan.

6.                  penurunan paksi hormone seperti HGH yang secara semulajadi berlaku apabila usia semakin meningkat.

 

Kita sebenarnya mampu mengatasi masalah di atas dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti bersenam, menjaga pemakanan, mengelakkan stress, berehat secukupnya dll tetapi peranan pengambilan makanan kesihatan juga tidak kurang pentingnya. Yang menentukan ialah setakat mana kita memahami konsep pencegahan adalah lebih baik dari rawatan.

                                                                                                                              percayalah.............

No comments:

Post a Comment